Harimau dahan Borneo
Harimau dahan Borneo

Harimau dahan Borneo

Felis diardii
Felis macrocelis
Felis marmota
Neofelis nebulosa diardiHarimau dahan Borneo atau harimau dahan Sunda (juga: macan dahan Sunda, nama saintifik: Neofelis diardi[1]) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 [2][3]. Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) [2][4]. WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" [5].Pada tahun 2008, IUCN telah mengkelaskan spesies ini sebagai spesies terjejas, dengan jumlah populasi berkesan dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang, dan dalam pola semakin berkurang.[6]